Salam 1 Malaysia.
Lama saya tak menulis..dan memang saya jenis susah nak menulis.I'm not a true blogger.Dan ye, saya juga kurang pandai menulis..Jadi memang melengkapkan pakej kemalasan saya untuk menulis.Tetapi setiap yang berakhir pasti ade permulaannya, dan ini post saya yang terkini.
Tak ada apa sangat yang hendak diceritakan cuma hendak berkongsi pesanan seorang ibu..Kelmarin, balik tengahari ngan hubby. Ma, ibu mentuaku tengah duduk berehat didepan tv. Sambil bercakap-cakap, ma pun kate die duk menghafal surah Penghulu Segala Zikir dari tadi tapi masih tak ingat-ingat. Tua dah katenye.Ma kata lama dah tau surah ni cuma tak ambik cakne sangat sehinggalah Ma tengok tazkirah bagitahu fadilat surah ni ialah: kalau baca then mati insyaAllah masuk syurga( secara ringkas).Jadi Ma pesan kat kami suruh amal ayat ni, salin supaya mudah ingat.tapi saya tak pun ambil lagi surah tu..memang tahu bagus tapi tak bersungguh lagi saya ni...sobs..amal surah pun yang basic je, doa ibu-bapa then doa untuk keluarga.
Ma dan Mama saya banyak pesan bab2 agama ni tapi saya ni liat sikit nak amal..doakanlah supaya saya ni rajin untuk beramal dengan lebih lagi sebab kata2 Ma tengahari tadi sangat berbekas: " Setakat buat yang asas, sembahyang,puasa,berzakat memang tak layak kita nak masuk syurga Allah. Hanya dengan kasih-sayang Allah kita boleh masuk ke syurgaNya.
Jadi Ma kata, bacalah doa ni tanda kita bermanja dengan Allah, baru Allah sayang kita.Risaunya..dahla amalan wajib pun tak sempurna..tak khusyuk..
Mama saya pun selalu pesan biar ada amalan harian yang boleh menjadi darah-daging kita.Biar hidup dipermudahkan dan sentiasa diberkati Allah.Semua masalah di dunia berpunca dari manusia.Dan setiap manusia bertindak menggunakan hati dan fikiran, jadi Mama kata berdoalah pada Allah sebab Allah yang pegang hati manusia. Jadi kenalah beramal soleh untuk dapat rahmat Allah, baru Allah tolong kita.
Hakikatnya, saya memang tahu dan saya rasa ramai yang sedar tapi kita selalu lalai dan akhirnya menyesal.Dan saya juga amat sedar yang saya tidak mempunyai 'inner strenght' yang kuat. Saya selalu ikut kata hati yang salah, macam peribahasa Melayu, Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa.Saya selalu 'bad mood', fikir bukan2, dan sebagainya yang buat saya jadi seorang yang negatif.Selalunya saya sedar saya terlalu ikut emosi tetapi tetap susah untuk berubah.Pastinya juga sebab iman tipis so mudah sangat ikut kata hati..Saya harap saya akan berubah menjadi manusia lebih baik sebab saya seorang isteri,ibu, dan anak. Kalau hati saya tak kuat macammana saya nak didik anak2 saya?
Masalahnya, saya selalu bertangguh untuk buat perubahan. Selalu konon2nye nak start next week la,bulan depanla, or next year la..tapi sampai sudah tak buat-buat. Sedangkan ramai orang sekeliling bagi bantuan dan panduan yang sangat berguna untuk diamalkan.
Mama selalu pesan jangan lupa ajak Irham sembahyang berjemaah then maghrib amal tutup tv biar mandi , sembahyang dulu.The problem is, dengan mama dan papa pun asyik tengok tv..huhu.Ma pulak selalu pesan suruh amal baca yasin then buat air yasin untuk mandikan anak2 biar dok 'barrok', baca doa malam2 dan hembus dekat ubun anak2 dan bila memasak niatkan ikhlas kerana hendak membentuk peribadi soleh anak-anak. The second problem is, yasin pun dah jarang baca melainkan ada majlis agama..and berapa kali memasak pulak boleh kira dengan jari je...sobs..sobs..teruknye saya.Saya nak berubah tolonglah!Oh intan, just do it okay!
The best part..kata-kata pesanan dari Irham:
Irham: Mama, mama pandai tak baca ayat Kursi?
Mama: Pandai, kenapa?
Irham: Mama, cikgu Irham kata kalau mama baca ayat Kursi pastu tiup kat kepala
Irham nanti Irham jadi pandai.
Mama: Betullah tu Irham apa cikgu cakap.
Irham: Dah, mama bacala cepat tiup kat kepala Irham malam-malam k?Irham nak
jadi pandai..cepatla mama.
Mama: Ok boleh,Irham baring biar mama baca k..(sambil tersenyum malu kepada
diri sendiri..anak suruh baru nak buat..)
* CHANGE.AND YES WE CAN!*
(Pinjam Moto Obama)
(Pinjam Moto Obama)