Wednesday, October 19, 2011

PESANAN

Salam 1 Malaysia.

Lama saya tak menulis..dan memang saya jenis susah nak menulis.I'm not a true blogger.Dan ye, saya juga kurang pandai menulis..Jadi memang melengkapkan pakej kemalasan saya untuk menulis.Tetapi setiap yang berakhir pasti ade permulaannya, dan ini post saya yang terkini.


Tak ada apa sangat yang hendak diceritakan cuma hendak berkongsi pesanan seorang ibu..Kelmarin, balik tengahari ngan hubby. Ma, ibu mentuaku tengah duduk berehat didepan tv. Sambil bercakap-cakap, ma pun kate die duk menghafal surah Penghulu Segala Zikir dari tadi tapi masih tak ingat-ingat. Tua dah katenye.Ma kata lama dah tau surah ni cuma tak ambik cakne sangat sehinggalah Ma tengok tazkirah bagitahu fadilat surah ni ialah: kalau baca then mati insyaAllah masuk syurga( secara ringkas).Jadi Ma pesan kat kami suruh amal ayat ni, salin supaya mudah ingat.tapi saya tak pun ambil lagi surah tu..memang tahu bagus tapi tak bersungguh lagi saya ni...sobs..amal surah pun yang basic je, doa ibu-bapa then doa untuk keluarga.


Ma dan Mama saya banyak pesan bab2 agama ni tapi saya ni liat sikit nak amal..doakanlah supaya saya ni rajin untuk beramal dengan lebih lagi sebab kata2 Ma tengahari tadi sangat berbekas: " Setakat buat yang asas, sembahyang,puasa,berzakat memang tak layak kita nak masuk syurga Allah. Hanya dengan kasih-sayang Allah kita boleh masuk ke syurgaNya.
Jadi Ma kata, bacalah doa ni tanda kita bermanja dengan Allah, baru Allah sayang kita.Risaunya..dahla amalan wajib pun tak sempurna..tak khusyuk..


Mama saya pun selalu pesan biar ada amalan harian yang boleh menjadi darah-daging kita.Biar hidup dipermudahkan dan sentiasa diberkati Allah.Semua masalah di dunia berpunca dari manusia.Dan setiap manusia bertindak menggunakan hati dan fikiran, jadi Mama kata berdoalah pada Allah sebab Allah yang pegang hati manusia. Jadi kenalah beramal soleh untuk dapat rahmat Allah, baru Allah tolong kita.

Hakikatnya, saya memang tahu dan saya rasa ramai yang sedar tapi kita selalu lalai dan akhirnya menyesal.Dan saya juga amat sedar yang saya tidak mempunyai 'inner strenght' yang kuat. Saya selalu ikut kata hati yang salah, macam peribahasa Melayu, Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa.Saya selalu 'bad mood', fikir bukan2, dan sebagainya yang buat saya jadi seorang yang negatif.Selalunya saya sedar saya terlalu ikut emosi tetapi tetap susah untuk berubah.Pastinya juga sebab iman tipis so mudah sangat ikut kata hati..Saya harap saya akan berubah menjadi manusia lebih baik sebab saya seorang isteri,ibu, dan anak. Kalau hati saya tak kuat macammana saya nak didik anak2 saya?


Masalahnya, saya selalu bertangguh untuk buat perubahan. Selalu konon2nye nak start next week la,bulan depanla, or next year la..tapi sampai sudah tak buat-buat. Sedangkan ramai orang sekeliling bagi bantuan dan panduan yang sangat berguna untuk diamalkan.
Mama selalu pesan jangan lupa ajak Irham sembahyang berjemaah then maghrib amal tutup tv biar mandi , sembahyang dulu.The problem is, dengan mama dan papa pun asyik tengok tv..huhu.Ma pulak selalu pesan suruh amal baca yasin then buat air yasin untuk mandikan anak2 biar dok 'barrok', baca doa malam2 dan hembus dekat ubun anak2 dan bila memasak niatkan ikhlas kerana hendak membentuk peribadi soleh anak-anak. The second problem is, yasin pun dah jarang baca melainkan ada majlis agama..and berapa kali memasak pulak boleh kira dengan jari je...sobs..sobs..teruknye saya.Saya nak berubah tolonglah!Oh intan, just do it okay!

The best part..kata-kata pesanan dari Irham:

Irham: Mama, mama pandai tak baca ayat Kursi?

Mama: Pandai, kenapa?

Irham: Mama, cikgu Irham kata kalau mama baca ayat Kursi pastu tiup kat kepala
Irham nanti
Irham jadi pandai.

Mama: Betullah tu Irham apa cikgu cakap.

Irham: Dah, mama bacala cepat tiup kat kepala Irham malam-malam k?Irham nak
jadi
pandai..cepatla mama.

Mama: Ok boleh,Irham baring biar mama baca k..(sambil tersenyum malu kepada
diri sendiri..anak suruh baru nak buat..)


* CHANGE.AND YES WE CAN!*
(Pinjam Moto Obama)

Thursday, July 22, 2010

LiFe is not as simple as ABC...

Honesty is the best policy...Yes, indeed. But again life is not as simple as ABC...

In life,being honest or saying the truth is definitely a right thing to do but in return, somehow, both parties will need to face the consequences.... At the end of the day, it's just a matter of choice...To tell or not to tell..

hmm..life is more like a puzzle..=)

Tuesday, July 20, 2010

Passion and Interest


INSPIRE ME!!!

Hi there! I'm back to business again...=) Just want to share my passion and interest on the things I love.. well, as far as I can remember I've always have a special place in my heart for anything that have something to do with interior design and of course the decorations too. During my school years, whenever I go to the mall with my friends, I often ended up being found at the 'makcik-makcik' section(according to my gilfriends). Instead of going crazy over the dangle earrings and fancy bracelets, or the Hello Kitty pencil case..I was more attracted to the various styles of sofa cushions, kitchen utensils and the list goes on...My friends always teased me by saying " Intan, u ni macam makcikla..suke tgk langsirla..cadarla.."

Now,I understand why they said that.. as when I look at my form two students now, I will freak out if I know they are more interested in 'cadar-cadar' or 'pinggan-mangkuk' instead of High School Musical items...mmm..can you get my point here? ( ignore please if you feel clueless or lost )
hmm...

To make things short, it doesn't matter at what age you developed your interest.
If you like something you need no reason to explain why you like it so much...I guess that's what we call as 'passion'.

credit to marthastewart.com













Above are some of the precious pictures i took from various websites..enjoy them ok!






Saturday, June 12, 2010

It's a New Beginning...

Recently, my beloved hubby took a very risky decision regarding his career. After years of waiting and hoping for some changes, which finally proved not a fruitful one..he at last, did what any true man will do.

Hopefully tomorrow will always be better than today...God's willing, InsyaAllah.

Friday, January 22, 2010

~ ada apa dengan 2010...?~

salam 1 malaysia....

sedar tak sedar dah tiga minggu kita di tahun 2010...dan pada hari ni aku dengan nekadnya menulis entry pertama untuk tahun ini...biasala aku ni memang suke buat kerja bertangguh.orang lain malam tahun baru dah siap post new entry aku pulak baru jer nak tulis sekarang...well, blog aku so suke hati lah kan..hehe..


well, ' ada apa dengan 2010?'...

mmm...tahun 2010 sebenarnya adalah tahun yang aku ramal akan mencabar keutuhan kewangan aku dan suami...kenapa dan kenapa..? well, sudah tentulah kerana komitmen aku dan hubby akan semakin bertambah tahun ni...secara ringkas, dibawah aku list downkan perkara2 baru dalam hidup aku yang semestinya menuntut extra expenses...

1. Irham start sekolah tadika
2 .bakal mempunyai maid
3.bakal menerima anak ketiga
4. bakal membina rumah kediaman ( so hubbyku kena buat pinjaman bank)

mmm...ada empat jer benda baru tapi semua ni memang menuntut extra money...especially yang no.4...huhu...mampu ke taklah nak sediakan modal ..harap2 adalah rezeki kat mana2 kan untuk cover the cost.


yang no.1 tu, dah settle and alhamdulillah setakat ni berjalan lancar walaupun yurannya agak boleh tahan...but for the sake of education...takpelah mahal sikit. harap2 irham dapat manfaat sebaiknya walaupun die asyik jer kata tak nak pergi sekolah...dalam taknak pergi pun, sekarang aku dah dengar irham nyanyi2 lagu berunsur agama and dia dah pandai ulas ape yang cikgu ajar dia...so at least, now he knows how to think critically...


as for no 2, urusan proses dokumen etc.. dah berjalan...so maybe Diah( my ex-maid) akan tiba dalam early feb. Mujur sgt dia nak datang kerja...bcoz dia ni memang amatlah baik...syukur2..harap dia tak berubahlahkan...the reason aku ambil maid ni adalah kerana aku bakal dapat my third child so i seriously need a helper...and the cost memanglah tinggi..bulan2 lagi nak bayar gaji die...hmm..kat manalah nak korek duit ek...? kan best kalau dapat duit sesenang korek bijih di...tut...#@*..tut...ya...i wish....huhu..

yang no.3 ni, honestly aku tak sangka cepat sangat...tapi aku tetap terima dgn penuh kesyukuran...expected due date is on 12 march 2010..same birthday date dgn mak aku...so tolak campur dalam bulan 3 nie ..hopefully, i will safely deliver my bundle of joy...the gender..99% diramalkan sbg boy...kalau betul, memang meriahlah keluarga aku dgn small soldiers..everyday mesti aku kena pakai perisai .....lagi satu, can't wait nk tgk reaksi bdk2 tu dpt adik baru especially imtiaaz yang asyik sebut kodek tu...hihi..camnelah die layan adik die nanti...at least irham dah ada experience...bab cost, normallah kena sedia susu and pampers etc...rasanya aku tak risau sgt cuma nak kena sedia duit nak beli insuranslah pulak...insyaAllah, mesti ada rezeki dimana2 nanti.

yang paling menakutkan ..of course no.4. setelah sekian lama, barulah tahun ni niat aku dan hubby nak buat rumah bakal dilaksanakan...yelah, setakat nie both of us hanya merancang so harapnye berjalanlah ape yg kami rancang..hakikatnya, aku bersyukur sgt sebab tanpa bantuan ayah dan ibu mentua mustahil rasanya kami boleh plan nak buat rumah sendiri. walaupun, rumah belum buat tp nk cakap thanks to ma and aboh sebab memudahkan jalan buat kami berdua...nak cakap face to face malu..hihi.

setakat ni..proses pecah tanah etc dah settle...now, we are working on the house plan..etc..yg nie maybe ambil mase lama kut..yelah, bukan senang nak dpt design yg betul2 sesuai..maybe dalam bulan 3 or 4 baru boleh settle...kalau ikutkan budget memang sgt limited tp kami just tawakal...we'll do it stage by stage ..kalau nak tunggu sampai bile...anak pun dah nak bertambah..plus we've been living with our parents since we were married....almost six years, rasa macam tak berdikari ... so ape2pun we need to live on our own...mula2 fikir ingat nak beli rumah jer..tp since ma dah bg tanah baik buat je rumah sendiri..biar kecik pun..at least rumah milik sendiri kan...? hmm...ape2pun banyak lagi yg perlu dilalui utk buat rumah ni..aku harap aku and hubby akan mentally and financially able to meet all the demands...


dah banyak aku luahkan kat sini...walaupun aku tahu 2010 nie mungkin menjadi tahun yg sukar tapi aku gembira sebab sebenarnya semua kesusahan ni adalah untuk kesenangan kami kemudian...2010...don't be tough on us ok?


till then...pray for us!

Thursday, July 30, 2009

s-t-r-e-s-s-...

Selamat pagi! Hari ini hari Jumaat yang sangat menyenangkan sebab hari ini aku tak ada sebarang kerja khas yang perlu disiapkan. So, aku boleh berehat dan buat ape saja yang aku nak hahaha...!!! Minggu-minggu sebelum nie agak stressful sikit...sikit jer tp ade pelbagai jenis stress! Akan aku klasifikasikan stress aku kepada bil nombor...

Stress 1

Minggu lepas aku tension pasal nak masuk markah kerja khusus PMR. Surat sampai lambat..tau2 kena siapkan semua dalam one week...dahla aku tak ade experience so buat kerja memang slow cam siput., kalau ade experience maybe laju sikit mcm kura-kura..tetapi....mujur ada K. Amnah selaku org lama tolong kutip markah etc..lega lah sikit!

Ada 310 pelajar and masing2 ada 6 kerja khusus..so darab2 , lebih kurang 1000 lebih markah tu kena key-in...again mujur ada K.Amnah untuk menolong. Tak lupa suamiku yg turut menolong ku di malam hari untuk masukkan markah.. Ringanlah sikit beban...bak Wonder Pets kate...kami tak besar..kami tak kuat ..( x ingat yang seterusnye....tanya Irham tp die pun blur jer so aku tulis lirik yg last) ape yang penting...kerjasama! haha...Alhamdulillah, semalam dah selamat hantar semuanye dekat PPD. Harap2 tak ade masalah berbangkit...kalau ada kuih bangkit aku nak..So settle bab stress yang pertama!

Stress 2

Stress seterusnya adalh berkaitan pelajaran. Semua guru telah diminta untuk hantar 5 buah buku dr setiap kelas untuk diperiksa Ketua Bidang masing2. Dalam kes aku, Ketua Bidang kata nak lima buku...tp kalau 10 buah pun boleh jugak katanya. Banyak betul beza antara 5 dan 10. ...kalau boleh mestilah aku nk hantar 5 je, tp nanti nmpk sgt mcm 'berhalus'. So to be fair, aku decide nk bagi 8 buah buku sahaja bg setiap 5 kelas aku= 40 buah buku. So yg stressnyer adalah proses mencari buku pelajar yg lengkap, kemas dan juga proses menanda itu sendiri. Bagi kelas depan tak ada masalah, tp nak cari buku budk2 kelas belakang memang agak menyesakkan jiwa. Dahlah nak suruh bawak buku susah...yg hantar pulak adalah sekerat dua...nasib baik aku x kerat jer they all!( bawak mengucap intan!) Dahlah, setiap buku kena pelajar berlainan...huhu...


Sepatutnyer duedate adalah hari Khamis lepas, tp aku semalam baru hantar...x sempat sebab busy hal PMR lagi. Selamba jer aku kan? Dahla, budak baru ...tak confirm lagi pulak tu ...Mujur Ketua Bidang ok, lgpun dia tau aku busy psl PMR..masa aku hantar die just cakap " Intan, letak kat atas meja K.Ba yer....hari Ahad nanti ambik"...and aku pun hanya tersenyum-senyum...selesai stress diriku yg kedua...


stress ketiga tak sempat tulis daa...sebab aku stress sgt-sgt..hehehe.

Tuesday, July 14, 2009

Sometimes it's too MUCH!!!!!

Well, time aku tulis blog nie aku rasa jauh disudut hati aku nak lari...lari sejauh yg boleh ..tinggalkan semua perkara yg menyesakkan fikiran aku..aku benci dan fed-up dgn sikap sesetengah orang and most of the time aku jugak rasa benci dan tak suka dekat diri aku.

Baru2 ini aku discovered something but x sangka pulak benda tu mengundang persoalan...sangat ku sakit hati dan rasa macam nak jer pergi dan terus pergi! hakikatnya hanya Allah yg tahu and aku rasa sangat tawar hati dan bosan!!!! Aku benci sebab aku mudah saja melupakan seuatu benda yg mengguris hati aku..aku mudah bergelak ketawa balik..walaupun sebenarnya benda tu membabitkan perkara yg serius! Entahlah, mungkin ni nasib aku tp mungkin nasib tak akan kekal nasib selamanya...jika melampau sangat mungkin nasib akan bertukar mengikut kehendak hati aku! Aku nak bercerita tetapi aku bukan seorang yg suka meluahkan masalah aku....biarlah aku simpan selagi aku mampu...yg pasti aku sudah muak dan malas nak melayan kejahatan sesetengah org!!! Dan aku rasa orang itu sangat lah tidak bersyukur...biar Allah yg tunjukkan pada dia!

Saturday, July 4, 2009

Tudung Ekin?

Tudung Ekin?Well,mesti semua tahu sangat kan ape itu tudung Ekin...especially bile Ekin jadi duta tudung Ariani. So, ape kena -mengena tudung Ekin dengan aku? Firstly,aku adalah seorang pemakai tudung so adelah connection dekat situ. Kedua, aku rasa agak berminat dengan fenomena tudung Ekin berbanding tudung Wardina ( cantik tp cerewet!) dan definitely not tudung Siti (can we call it as tudung ?..)



Tudung style Ekin pun bukannyer aku minat semua...yg labuci over2 sgt memang aku pandang sebelah mata jer...(heh..hehh ayat jahat!) Tp kalau yg simple and bercorak abstrak or desingn bunga2 aku suka kut...asal combination sesuai. Selama ni, aku suke jer pinjam tudung mak aku...mcm2 jenis dia ada dr yg murah hinggalah yang berjenama Ariani. Aku start suke bile aku try tudung Ariani mak aku, memang design cantik dan kain die pun sejuk jer..yg penting 'mekup' die terletak...memang aku suka tp x pernah lagi beli. Almaklumla harganyer boleh tahan juga..yg corak kosong dekat butik Ariani harganya RM59, yg bercorak around RM100+...agak mahal tapi memang puas hati la...Aku plan nak beli untuk pakai raya nanti kut...tengoklah dulu macam-mana...puasa ganti pun dok habis lagi ade hati nak cakap pasal raya!

( Al- Fatihah untuk to'ki yang x sempat sambut hari raya tahun ni bersama kami semua...insyaAllah kalau ade masa nanti aku akan cerita pasal arwah to'ki...semoga to'ki berada dikalangan orang2 yg soleh )



Nak dijadikan cerita, dah lame aku rasa geram sebab tudung2 bawal aku banyak yang kotor kena minyakla..kena makananla...etc...especially bile duduk dekat rumah. Pulak tu, bile tetiba nak kena keluar bilik terpaksa pakai tudung tu 'baha-rambang' sebab nk cepat...tak campur kes susah nak gosok etc...so dah lame aku agak tension dgn kes tudung bawal ku. Jadi, petang tadi aku pun ajak la hubby aku dan small son kami, Imtiaaz keluar pergi 'yellow town'. Tujuan utama adalah mencari kasut ala2 'crocs' untuk Imtiaaz. Yela, kesian tengok die susah nak pakai kasut...we all pun jumpalah kasut tu dekat kedai kasut tp tak ada size pulak...Tambah lagi kesian kat Imtiaaz sebab die dah penat cube 2-3 pasang kasut...takpe, esok mama pergi beli dekat Kuantan k!



Tu tujuan utama...while tujuan sampingan pulak adalah mencari tudung style Ekin dgn harga yg murah untuk dijadikan 'sahang' dirumah...Aku pun surveyla dekat center point tu...yg paling murah around RM 35. still mahal bg aku...( kedekut kah aku?) so aku pun cari lagi,,last2 nampakla tudung2 terkumpul didlm bakul( dalam hati yg nie mesti murah2 jer)...and guess what, aku jumpa dua yg berkenan dihati and harganye just RM 18 for two...haha...murahnyer!Betul sangkaan aku... and memang aku cermat bukan kedekut..hihi..so aku pun selamat beli dan sudah pun selamat dipakai ketika aku tulis blog ni.. takda lah lawa mane tp okla for da price. ..ape2 pun misi berjaya!



Btw,pesanan dari aku...hari tu aku pergi kedai kat area Kemaman ( cannot mention here) tudung Ariani dijual dengan harga RM 159, sedangkan dibutik hanya RM 59. Saje je nak kabo takut2 ade yang nak tau...ok..tu jer entry aku kali ni..ntah ape2 jer..ingat nak tunjuk gambar tudung2 tu tapi malaslah nak 'payoh-base'..so aku stop dulu!

Sunday, June 28, 2009

Well, this is a continuation of my previous blog ok...so as i mentioned earlier, choralsical ni wajib bg kami untuk join.

At first, aku agak malas nak join tp bile da mula selalu jumpa aku dah mula rasa perasaan 'attached'. Aku dapat rasakan keserasiandikalangan ahli-ahli seramai hampir 50 orang..not only the participants but also among the facilitators. Pada aku ..ini adalah petanda yang baik so aku kena optimis dan kekal didalam kumpulan.

Honestly said, I salute all the choralsical team members. Just imagine, at least twice in a month, semua ahli dari sekitar Terengganu- Besut, Kemaman, Kertih etc berkumpul di Marang....and one teacher even came from Pulau Redang...kesian die kena naik bot every time turun praktis. Ye la, bukan setakat kesian tp very risky jugak untuk die! Belum cerita bab, anak bini..and anak-laki yang ditinggalkan....( boleh jadi bergaduh suami-isteri kut..=))..Not only that, proses praktis tu pun sgt menuntut kesabaran yg tinggi! Just imagine, the first thing we need to do is to hafal skrip ...Berapa byk mukasurat daaa.....Byk kali jugk kami praktis refer to papers...Alhamdulillah x lame kemudian kami mampu hafal. But then, ade plak masalah nk synchronise suara and also nak buat movements etc...I tell you...sgt2 pening mase tu.Bukan senang nak bg 50 org ckp and gerak pada masa yg sama...susah oooo!

Bile diingat balik...the sacrifices that we made actually made the experience more meaningful..we endured the hardships and as the result, we gained the priceless memories...
!

Apepun, disebabkan tekanan tersebut... terpaksa diadakan slot tarian ponco-ponco every morning. The reason is to release our tension and make us feel happy...Memang seronok pun, semua cikgu sporting menari ...cikgu laki pun sama naik menari! Then, we had singing session to warm-up our voice. It was very fun !Mase nie lah we all get to know each-other .. start kawan2..

We had great laughs together, we shared interesting stories and we definitely cracked our heads to find the best way to perfom our choralsical.


One thing I realised is that, once we all get along well , we finally able to produce our voice and made it sound like it comes from one-gigantic voice. Yes, finally we made it! Our practice keeps on getting better after that..no more turning back...until the historic day of our lives! On 16 May 2009, we- teachers from all over Terengganu districts proudly performed our Choralsical Performance with it's title....'Nation Builders'. The response and feedback from the audience was superb and very natural.They laughed and some even had tears in their eyes...It was a very satisfying moment as we do not only entertained them, but we were also able to reach deep into their hearts with our spoken messages. We received so many compliments from the crowd and even from the top people in the education field..Indeed, the experience was speechless...


Thanks to Allah..our choralsical team was invited by KSU to perform for an International Conference at KLCC Convention Centre. We went there on 11 June-16 June 2009, and this was our grand-finale..Once again. ..on 14 June 2009..in front of the commonwealth delegates ..Choralsical Team had finally made it's way to fame!!!


''One for all and all for one'...this quote seriously reflects our choralsical team..congrats friends!

I will always treasure the memories we had together!

Thursday, June 25, 2009

Choralsical Team...We've made our Grand Finale!

Wow! lame sangat tak menjenguk blog aku ni, maklumla laptop kong so nak online pun susah. Ni pun aku dok mencuri guna laptop hubby skjp...right now he is talking to his parent about their construction project. My hubby memang berminat dengan dunia bisnes..and he has definitely global vision! His ultimate dream is to create a business empire like Syed Al Bukhari's empire. Aku percaya satu hari nanti dia boleh berjaya...sebab die memang mempunyai ciri-ciri orang bersemangat kental. Walaupun penat dia sanggup pastikan semua kerja beres dan sempurna. He is kind of like a perfectionist....not to forget, he is able to look something beyond the surface which I believe is an essential quality one should have to be in the business line. Oppss.. nie patut kena tukar tajuk da..'Seorang Suami'.... Ok better kembali ke pangkal jalan ni...Btw, I will always support you hubby!

Choralsical....it's a combination of choral and musical...yup, it's different, it's unique, and it's very special indeed! Personally, nie lah aku rase tentang team choralsical kami. Aku masih ingat the first time we all jumpe dekat BTPN, Marang. Pengarah JPN, Hj. Ariffin meminta kami ...guru-guru untuk perform for National Teacher's Day Celebration in Terengganu. Aku tak kisahla kena perform tu ..masalahnyer we all kena buat choralsical. Terbayang tinggal dua bulan lebih jer lg tinggal and mestilar kena jumpe sokmo untuk praktis...tinggal suami and anak2. But, it was a golden opprtunity so i decided to proceed plus it's actually compulsory...

ops, continue later... hubby is calling..

Saturday, May 30, 2009

Hello there!

assalamualaikum...

well, ni kali pertama aku tulis blog since bertahun tak tulis so kenala bagi salam dulu kan? (sila jawab salam yer)...seingat aku kali terakhir aku tulis blog pada tahun 2005, tu pun two posts jer! haha...ape dah..baik tak payah ade blog.sebenarnye aku ni jenis orang yang agak reserve dan aku kurang mahir bab2 mengeksperesikan diri ni, dari azali lagi aku mcm ni. mujurla dgn hubby aku takde masalah nak express my emotions. ..=)

But human will always be human rite? sometimes ...somehow ..we still need to share our stories with others( kalau ade yg sudi bacela)..so aku decide aku kena ade blog untuk meluahkan segala macam perasaan dlm diri aku! takdela aku gile sorang2 pendam perasaan..yela kalau nk bercerita semua bende dekat hubby aku mesti die pun pening...at least bile ade blog aku bole tulis simple things such as pasal shopping ker, pasal favourite food or pasal ape2 la yg aku nk tulis...yg penting aku happy!

Well, byk lagi bende yg aku nk tulis especially pasal experience aku dgn choralsical team...tp mase tak mengizinkan lah...aku rase mcm terdengar2 jer anak aku nangis2, so kena la pegi check. diorag tidur awal malam ni so manela tau kut2 da bangun hero-hero aku tu.

p/s: before terlupe, thanks a lot Ya for ur help just now!